Previous
  • Total Quality Fast Track Model

    SIRIM Training provides reliable and affordable high quality training, consulting and advisory ... Read more

  • 7 Approved CPD Training Programme

    SIRIM Training have 7 approved training programme for profesional engineer... Read more

  • CompTIA Certification

    Get your CompTIA certification with SIRIM Training... Read more

  • Non-Destructive Testing

    Non-Destructive Testing for engineer available... Read more

  • Seminar for Halal Products & Service Providers

    Seminar Pengusaha Makanan(Hotel, Restoran & Penyajian)- Ke Arah Pensijilan Halal Jakim... Read more

  • Lead Auditor Training

    Get Lead Auditor Courses by RABQSA TPECS certified trainers... Read more

  • Quality, Environment And Occupational Health & Safety Management System

    SIRIM Training offered this courses on March and April 2012 ... Read more

Next

Seminar Proses Dokumentasi & Pensijilan Halal Jakim

Pengenalan

Sudahkah anda mendapat pengiktirafan HALAL dari Jakim? Tanda logo ‘HALAL’ merupakan satu tanda yang penting untuk mengesahkan bahawa makanan yang dihidangkan boleh dikategorikan sebagai ‘Halallan –Toyyiban’. Maka, sebelum mendapat tanda ‘HALAL’, proses penilaian pensijilan perlu dijalankan oleh pihak penilai iaitu JAKIM/JAIN/MAIN yang merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Islam di peringkat wilayah persekutuan atau negeri.

Dokumentasi dan prosedur pensijilan merupakan perkara yang amat penting untuk dijadikan asas persediaan dalam proses mendapatkan pensijilan ‘HALAL’. Maka, tujuan SIRIM mengadakan seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai keperluan – keperluan dokumentasi dan kaedah pensijilan ‘HALAL’ yang boleh dijadikan asas persediaan semua pengusaha – pengusaha makanan untuk mendapatkan sijil HALAL.

Objektif

  1. Menerangkan kepentingan produk makanan, minuman dan barangan gunaan halal untuk orang - orang Islam.

  2. Menerangkan proses penyediaan makanan secara halal.

  3. Memahami keperluan umum dan kaedah penilaian sebelum dianugerahkan pensijilan HALAL.

  4. Memahami penilaian dokumentasi & premis makanan

  5. Memahami dan mematuhi keperluan “ISO 1500:2009: General Guideline on The Production, Preparation, Handling and Storage of Halal Food”.

Tarikh

Selasa, 10 April 2012.

Tempat

Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie.

Peserta

Pengusaha, pengurus, penyelia dan pekerja yang terlibat dalam pengurusan makanan (hotel/restoran/penyajian).

Yuran Seminar

RM250 seorang (meliputi nota seminar, sijil penyertaan, minum pagi, minum petang dan makan tengah hari).

Broshur Seminar

Muat Turun

Borang Pendaftaran

Muat Turun

Sila Hubungi:

Mariam binti Walad
Telefon : 03-5544 6242
Emel : wmariam@sirim.my

Nor Eddie bin Zulkifli
Telefon : 03-5544 6225
Emel : eddie@sirim.my

Contact Us

img

SIRIM Training Services Sdn Bhd
1st & 3rd Floor, Building 2,
SIRIM Complex
1 Persiaran Dato' Menteri Section 2,
40700 Shah Alam Selangor.

Call us at :

+603-5544 6200 / 6208 / 6239 / 6230

Image Gallery

img img img img img img

See more...